
Pada 5 Februari 2025, Trump secara mengejut mengumumkan Amerika Syarikat akan ‘mengambil alih’ Gaza selepas peperangan tamat dan meletakkan tentera AS di sana sejurus lawatan rasmi rakan jenayahnya, Benjamin Netanyahu ke White House dalam ‘membincangkan’ fasa kedua genjatan senjata. Namun, Setiausaha akhbar Trump, Karoline Leavitt berkata Trump tidak bermaksud menghantar tentera AS ke Gaza, dan penduduk Gaza ‘dipindahkan sementara’, tetapi tiada butiran lanjut mengenai itu
Mengapa Donald Trump membuat keputusan ‘mengambil alih’ Gaza?
- Penerusan projek Abraham Accords, menunaikan hasrat Israel dalam mengambil semenanjung Gaza dan menghapuskan gerakan HM.
Selepas Trump mengumumkan ‘pengambilalihan’ Gaza, Netanyahu dan rakan ekstremisnya menyokong merentas parti politik. Netanyahu menyifatkan cadangan Trump ‘idea baharu diluar kotak’. Kenyataan ini dianggap sebagai ‘sinar baharu’ buat Israel dalam usahanya merampas tanah Gaza dan menghapuskan HM. Namun, Trump juga meminta Netanyahu menerima syarat-syarat genjatan senjata.
- Beri laluan kepada syarikat hartanah menantunya, Jared Kushner tender terbesar untuk membangunkan semula Gaza.
Pada Mac 2024, Jared Kushner mencadangkan bahawa Israel harus mengusir penduduk Palestin dari Gaza dan membersihkan wilayah itu, dengan alasan bahawa “tanah tepi laut Gaza boleh menjadi sangat bernilai.” Beliau menambah bahawa penduduk boleh dipindahkan ke Mesir atau ke Gurun Naqab (Negev) di selatan Israel.
Israel menyokong pilihan pertama tetapi menolak untuk mempertimbangkan pilihan kedua. Kushner, seorang jutawan hartanah, sebelum ini ditugaskan untuk mengurus proses damai Israel-Palestin semasa penggal pertama Trump, tetapi menurut penganalisis, rundingan tersebut telah lama gagal berfungsi.
Dalam ucapannya baru-baru ini, Trump mengulangi beberapa sentimen Kushner. “[Kita akan] jadikan ia satu tempat antarabangsa yang luar biasa. Saya fikir potensi Gaza sangat menakjubkan,” katanya. “Saya fikir seluruh dunia, wakil dari pelbagai negara, akan berada di sana dan mereka akan tinggal di sana,” tambahnya.
- Keputusan Trump dipengaruhi oleh ‘seseorang’ yang lebih berkuasa.
Keputusan Trump buat pengumuman ‘pengambilalihan’ Gaza ini sebenarnya sebagai pengalihan perhatian dunia dimana ianya diminta oleh ‘seseorang’ untuknya melaksanakan usaha ‘pembersihan’ secara agresif di Tebing Barat. ‘Dia’ merupakan penyumbang terbesar Parti Republican juga telah meminta Trump untuk melaksanakan fasa baharu genjatan senjata dan membebaskan tawanan Israel daripada HM.
Kesimpulannya, ketiga-tiga sebab ini menjadikan punca mengapa Trump telah membuat keputusan itu secara mengejut. Ramai penganalisis percaya bahawa tindakan Trump ini memburukkan lagi keadaan geopolitik di Timur Tengah dan reputasinya kerana naratif dunia kini sudah sedar hipokrasi dunia Barat dan memandang perjuangan HM lebih murni dan benar.
Oleh: Muhd Irfan Izhar, Penyelidik IRIS Institute.
Disiarkan pada: Feb 7, 2025.
Sumber: Al-Jazeera.