
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menyambut baik pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menyatakan penghargaan kerajaan terhadap usaha pengantara membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).
Kerajaan menekankan kepentingan mematuhi perjanjian berkenaan, penamatan pencerobohan Israel terhadap Gaza, serta penarikan sepenuhnya pasukan Israel dari wilayah berkenaan dan semua tanah Palestin dan Arab yang diduduki.
Kerajaan Arab Saudi juga menyoroti pentingnya membina dasar perjanjian itu dengan menangani punca asas konflik serta membolehkan rakyat Palestin memperoleh hak mereka, yang utama adalah penubuhan negara Palestin yang bebas berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Arab Saudi menyatakan harapan bahawa perjanjian gencatan senjata ini akan menandakan berakhirnya perang Israel yang ganas, meragut lebih 45,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 100,000 orang. – AGENSI
Berita Harian
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj