Cuaca Panas Terik Tambah Lagi Derita Rakyat Di Gaza

GAZA, 4 Julai – Bermula Julai, suhu di Gaza jauh lebih panas daripada kebiasaannya.

Cuaca panas tahun ini jauh lebih menyeksakan bagi penduduk Gaza.

Dengan bekalan elektrik yang amat terhad atau tiada langsung, ribuan orang terpaksa menahan bahang di dalam khemah sementara diperbuat daripada plastik dan nilon iaitu bahan yang memerangkap haba.

Salah seorang penduduk Abu Wadea, yang kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung di sepanjang pantai Khan Younis, berteduh di bahagian luar khemahnya kerana bahagian dalam terlalu panas untuk diduduki. Wadea menggambarkannya panas seperti api.

“Saya tidak boleh duduk di dalam khemah, tiada kipas, tiada udara. Hanya kelembapan, panas, dan matahari memancar terus ke khemah,” kata Abu Wadea. – REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

04 Julai 1187 | Kemenangan Salahuddin Al-Ayyubi Di Hattin

Next Post

Hamas Mahu Jaminan Gencatan Senjata Tamat Perang Gaza

Related Posts