Dua Wartawan Al Jazeera Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza

GAZA CITY, 11 Ogos – Dua wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif dan Mohammed Qariqa terbunuh dalam serangan udara tentera Israel yang menyasarkan khemah tempat wartawan berkumpul di Hospital al-Shifa di Gaza City.

Turut terbunuh dua jurukamera agensi berita antarabangsa itu.

Serangan itu mendapat kecaman hebat daripada kumpulan yang memperjuangkan kebebasan media, yang menegaskan bahawa wartawan mesti dilindungi bawah undang-undang antarabangsa.

“Wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif terbunuh bersama tiga rakan sekerja dalam apa yang dipercayai sebagai serangan terancang oleh Israel,” lapor badan penyiar yang berpangkalan di Qatar itu merujuk kepada kenyataan pengarah Hospital al-Shifa.

“Al-Sharif, 28 tahun terbunuh pada hari Ahad selepas khemah wartawan yang terletak di luar pintu utama hospital itu diserang. Wartawan terkenal Al Jazeera Arab ini sebelum ini kerap melaporkan secara meluas dari kawasan utara Gaza,” menurut agensi itu. -REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rancangan Netanyahu Perhebat Perang Di Gaza Dapat Bantahan Rakyat Israel

Next Post

Lima Anggota UNSC Kecam Rancangan Israel Untuk Duduki Gaza

Related Posts