Gaza Catat Kadar Tertinggi Amputasi Anggota Badan Kanak-Kanak Di Dunia

GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, Gaza kini mencatatkan kadar tertinggi amputasi anggota badan dalam kalangan kanak-kanak di dunia, mengikut nisbah penduduk, hasil daripada serangan Israel yang berterusan.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan awal Oktober, lebih 5,000 individu telah menjalani amputasi sepanjang kempen serangan Israel ke atas Gaza, dedah media WAFA.

Kementerian Kesihatan turut mengumumkan rancangan untuk melancarkan kempen pengumpulan dana dan mobilisasi antarabangsa, bagi menyokong dana khas untuk pemulihan mangsa. Inisiatif ini juga bertujuan membina semula sistem rehabilitasi di Gaza untuk pemulihan jangka panjang yang mampan.

Langkah ini hadir susulan laporan bersama yang mendedahkan kejatuhan perkhidmatan rehabilitasi secara besar-besaran di Gaza, akibat kemusnahan infrastruktur kesihatan dan peningkatan mendadak jumlah kecederaan semasa serangan Israel.

Menurut laporan tersebut, jumlah mangsa cedera mencapai lebih 170,000 sehingga September 2025, dengan sekurang-kurangnya seperempat memerlukan rawatan rehabilitasi jangka sederhana dan panjang.

Data ini menunjukkan bahawa Gaza kini mencatat kadar amputasi anggota badan kanak-kanak tertinggi di dunia, menggambarkan skala bencana kesihatan dan kemanusiaan yang serius di wilayah tersebut. – AGENSI

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekalan Air Di Gaza Tercemar Teruk, Ancam Kesihatan Penduduk

Next Post

Nader Sadaqa: Yahudi Palestin Di Barisan Muqawamah

Related Posts