Hamas Selesai Bebaskan 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Gaza

BAITULMUQADDIS/ISTANBUL – Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.

Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. – Bernama-Anadolu

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Istilah Sumud Dengan Agenda Perjuangan Sumud

Next Post

Lebih 300,000 Penduduk Gaza Bergerak Ke Utara Selepas Gencatan Senjata – PBB

Related Posts