Hampir 2 Bulan Israel Halang Bantuan Kemanusiaan Masuk Ke Gaza – PBB

RAMALLAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB, Stephanie Tremblay dalam sidang media berkata bantuan kemanusiaan tidak memasuki Gaza sejak hampir dua bulan dan menegaskan keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.

Beliau berkata petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang semalam untuk dilaksanakan.

Menurut PBB, sekatan dikenakan oleh pihak pendudukan terhadap akses bantuan kemanusiaan menjejaskan keupayaan membekalkan ubat-ubatan ke hospital, sekali gus membahayakan lebih ramai pesakit.

Sejak 2 Mac, pihak pendudukan menyekat kemasukan bekalan penting termasuk makanan dan air ke Semenanjung Gaza selepas menutup pintu masuk sempadan, menyebabkan bencana kemanusiaan dan memburukkan lagi krisis kebuluran. – BERNAMA-WAFA

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

17 April 2004 | Kesyahidan Dr Abd Aziz Rantisi

Next Post

Malaysia Kecam Israel Sekat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Related Posts