Hampir 30 Negara Desak Israel Hentikan Perang Di Gaza

LONDON – Hampir 30 negara mengeluarkan kenyataan bersama yang menuntut penamatan perang antara Israel dengan Hamas ketika konflik itu semakin meruncing, lapor agensi berita United Press International semalam.

Britain dan 28 negara lain termasuk Kanada, Perancis, Itali dan Australia turut menggesa baki tebusan yang ditahan di Gaza dibebaskan, selain mengecam aktiviti peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan pelan ‘bandar kemanusiaan’ Israel di selatan Gaza.

“Kami mengecam pembunuhan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam termasuk kanak-kanak, yang berusaha untuk memenuhi keperluan asas air dan makanan mereka,” kata kenyataan bersama tersebut.

Ia sebahagiannya ditandatangani oleh menteri-menteri luar setiap negara.

Antara negara lain yang turut serta termasuk Jepun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Iceland, Ireland, Denmark, Estonia, Finland, Austria dan Belgium.

Mereka menyifatkan situasi di Gaza sebagai ‘mengerikan’ ketika lebih 800 rakyat Palestin setakat ini terbunuh ketika mencari bantuan.

“Israel mesti mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata surat itu.

Sementara itu, Israel menolak kecaman tersebut dengan berkata, kenyataan itu ‘menghantar mesej yang salah kepada Hamas’ dan ‘tidak menggambarkan realiti’. – AGENSI

Sumber: KOSMO

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Di Gaza Lebih 59,000 Orang, Kini Israel Sasar Deir al-Balah Pula

Next Post

Kehidupan Penduduk Gaza Kini Diambang Kehancuran Sepenuhnya – Guterres

Related Posts