Hari Ke-4 Gencatan Senjata: Pertukaran Tebusan Dijangka Hari Ini

PALESTIN: Gencatan senjata di Gaza kekal memasuki hari keempat pada Isnin, menjelang pelaksanaan pertukaran tebusan dan tahanan serta sidang kemuncak yang dijangka merintis jalan ke arah keamanan selepas dua tahun peperangan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, antara pemimpin dunia yang dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm el-Sheikh, Mesir.

Sidang itu akan dipengerusikan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Perjanjian damai Gaza bergantung kepada komitmen kedua-dua pihak untuk mematuhi syarat pertukaran tebusan.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata itu melibatkan pembebasan 47 tebusan Israel, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah terkorban.

Ia sebagai pertukaran kepada 250 tahanan Palestin dan 1,700 penduduk Gaza yang ditahan sejak perang bermula.

Hamas juga dijangka menyerahkan mayat seorang askar Israel yang terbunuh pada tahun 2014 semasa perang Gaza sebelumnya.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menjangkakan semua 20 tebusan yang masih hidup akan diserahkan kepada Palang Merah pada awal pagi Isnin, sebelum tarikh akhir tengah hari seperti yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata.

Tahanan Palestin hanya akan dibebaskan setelah Israel mengesahkan semua tebusan yang dijadual dibebaskan telah selamat menyeberangi sempadan ke wilayah Israel. – AFP

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bantuan Ke Gaza Mula Tersalur, PBB Laporkan Perkembangan Positif

Next Post

Merealisasikan Negara Palestin: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?

Related Posts