Indonesia Tawar Perlindungan Sementara 1,000 Rakyat Gaza

BANGI, 10 SYAWAL — Prabowo Subianto memaklumkan Indonesia bersedia menerima kehadiran sementara 1,000 rakyat Palestin yang terjejas dalam serangan Israel.

Presiden Indonesia itu berkata jumlah tersebut adalah gelombang pertama mangsa kekejaman Israel yang terdiri daripada pesakit dan anak yatim piatu, lapor CNN.

“Kami bersedia menghantar pesawat untuk mengambil mereka. Kami jangkakan jumlahnya 1,000 orang untuk gelombang pertama.

“Syaratnya adalah semua pihak harus setuju hal ini. Kedua, mereka di sini hanya sementara sampai pulih dan bila kondisi Gaza sudah memungkinkan, mereka harus kembali.

“Saya kira itu sikap pemerintah Indonesia. Untuk itu, saya harus berunding dengan pemimpin daerah,” katanya menerusi video yang disiarkan Sekretariat Presiden hari ini.

Israel kembali melancarkan serangan ke atas Gaza selepas Hamas enggan menerima lanjutan fasa pertama gencatan senjata.

Rakyat Gaza kini berada di ambang kebuluran selepas Israel menyekat bantuan kemanusiaan dari Lintasan Rafah sejak awal bulan lalu.

Prabowo sedang mengadakan lawatan kerja ke lima negara Timur Tengah iaitu Emiriah Arab Bersatu, Turki, Mesir, Qatar, dan Jordan.

Katanya, lawatan itu diadakan susulan permintaan mereka yang ingin mengetahui peranan dapat dimainkan Indonesia dalam membantu Gaza.

“Indonesia dianggap tidak berpihak oleh pihak bertelagah. Saya kira posisi ini membuat kita memang memiliki tanggungjawab.

“Oleh itu, saya sampaikan bahawa Indonesia bersedia bila diminta oleh semua pihak untuk berperanan. Kami berperanan sesuai dengan kapasiti dan kemampuan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata walau Indonesia bersedia menerima rakyat Gaza namun ia perlu mendapat kerjasama pihak berkuasa Palestin untuk proses berikutnya.

Katanya, Indonesia sudah mengutus Menteri Luar Gerindra Sugiono berbincang dengan pihak berkuasa Palestin untuk kelulusan.

Sejak Taufan Al-Aqsa, Indonesia sudah menghantar bantuan makanan, pakaian sejuk, ubat-ubatan dan air bersih untuk rakyat Palestin.

Indonesia juga terlibat dalam misi bantuan perubatan ke Rafah dengan menghantar doktor tenteranya ke khemah sementara.

Sumber: Tv Pertiwi

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China vs. Amerika: Peranan dalam Krisis Gaza & Kesan Global

Next Post

Gaza Kini Sudah Menjadi Medan Pembunuhan – Ketua PBB

Related Posts