Israel Bedil Puluhan Sasaran Di Tehran, Termasuk Lokasi Didakwa Projek Nuklear

TEHRAN: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Tehran di puluhan lokasi termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan senjata nuklear, malam tadi.

Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, tenteranya telah menyasarkan ibu pejabat Organisasi Inovasi dan Penyelidikan Pertahanan (SPND), yang didakwa sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan projek senjata nuklear Iran.

“Beberapa sasaran strategik telah dihancurkan termasuk tapak pengeluaran peluru berpandu dan kemudahan menghasilkan bahan mentah bagi pembuatan enjin peluru berpandu,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, lebih 60 pesawat pejuang Israel terlibat dalam serangan itu, yang juga turut memusnahkan pelancar peluru berpandu dipercayai sudah bersedia untuk menyerang Israel.

Selain itu, tentera Israel memaklumkan telah memintas empat dron tanpa pemandu (UAV) yang dilancarkan dari Iran.

Serangan itu merupakan kesinambungan tindak balas Israel sejak seminggu lalu selepas mendakwa Iran hampir membangunkan senjata nuklear, sekali gus mencetuskan pertempuran itu.

Sementara itu, menteri-menteri luar Eropah dijadualkan mengadakan rundingan bersama rakan sejawat mereka dari Iran hari ini, susulan usaha mencapai penyelesaian diplomatik, sementara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih menimbangkan penglibatan ketenteraan negaranya dalam konflik terbabit.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sistem Pertahanan Iran Bertindak Balas Serang Israel Di Ruang Udara Gorgan

Next Post

Iran Hanya Guna 30% Kekuatan Tentera Setakat Ini – Jeneral Rezaei

Related Posts