Israel Langgar Gencatan Senjata, Kereta Kebal Serang Beberapa Kawasan Di Gaza

GAZA: Dalam pelanggaran jelas terhadap pengumuman gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Kereta kebal tentera pendudukan melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Yunis dan Kota Gaza.

Sumber perubatan melaporkan pada malam Selasa bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin – termasuk 38 mayat yang baharu ditemukan – serta 29 yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah itu.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, manakala pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan yang teruk.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Enam Warga Palestin Cedera Dalam Serbuan Tentera Israel Di Nablus

Next Post

480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Susulan Gencatan Senjata

Related Posts