Israel Terus Kuasai Gaza, ‘Garisan Kuning’ Diisytihar Sempadan Baharu

BAITULMAQDIS – Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir menyatakan garisan penandaan menjadi lokasi berundurnya pasukan Israel di Gaza sebagai “sempadan baharu”.

Dalam kenyataan tentera rejim pada Ahad Zamir berkata, Israel kini mempunyai kawalan operasi ke atas sebahagian besar wilayah Gaza dan akan kekal bertahan di garisan tersebut.

“Garisan Kuning merupakan sempadan baharu,menjadi barisan pertahanan hadapan bagipasukan kami dan zon operasi,” katanya.

Di bawah gencatan senjata yang dipersetujui Amerika Syarikat antara Israel dan Hamas, pasukan Israel ditempatkan semula ke kawasan di belakang apa yang dikenali sebagai Garisan Kuning.-AFP

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wartawan Palestin, Mahmoud Wadi Maut Dalam Serangan Dron Israel Di Gaza

Next Post

85,000 Askar Israel Alami Gangguan Psikologi Akibat Serangan Di Gaza

Related Posts