
TEBING BARAT: Pasukan Israel telah menembak dua kanak-kanak Palestin dengan peluru hidup dalam satu serbuan di bandar Odala, selatan Nablus, di Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
Agensi itu memetik seorang pegawai perubatan yang menyatakan bahawa salah seorang kanak-kanak terkena tembakan di tangan, manakala seorang lagi cedera di bahagian dada. Menurut laporan, mangsa berusia 13 dan 15 tahun. – Reuters
Sumber: Buletin Tv3
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : t.me/bumimikraj