Kanak-kanak Palestin Berdepan Kekejaman di Penjara Israel

Tentera penjajah Israel telah menahan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak Palestin di Tebing Barat sepanjang malam tadi, ketika sekurang-kurangnya 350 kanak-kanak masih berdepan keadaan tahanan yang sangat buruk, termasuk penyeksaan, kebuluran, pengasingan dan penafian rawatan perubatan.

Menurut kenyataan Kelab Tahanan Palestin pada Rabu, penahanan terbaharu tertumpu di pekan Sa’ir dan Al-Shuyukh di wilayah Hebron. Sejak bermulanya perang genosid terhadap Gaza pada 7 Oktober 2023, lebih 2,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh pihak penjajah.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kanak-kanak yang ditahan dari Gaza masih belum dapat dipastikan berikutan ribuan individu, termasuk kanak-kanak, dilaporkan hilang. Amalan kehilangan secara paksa yang masih berterusan turut menyukarkan usaha mengenal pasti jumlah sebenar tahanan serta nasib mereka.

Kelab Tahanan Palestin menjelaskan bahawa penderitaan kanak-kanak bermula sejak detik penahanan, apabila mereka berdepan ugutan dan ketakutan, sebelum melalui proses soal siasat serta penahanan dalam keadaan yang menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Mereka turut dinafikan penjagaan keluarga dan akses kepada pendidikan.

Penggunaan penahanan pentadbiran terhadap kanak-kanak memburukkan lagi keadaan apabila mereka boleh ditahan tanpa pertuduhan yang jelas atau tarikh pembebasan yang ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan mereka dan keluarga terus hidup dalam ketidakpastian kerana tempoh tahanan boleh dilanjutkan berulang kali.

Menurut kelab itu, pencabulan hak kanak-kanak tersebut merupakan sebahagian daripada sistem yang melibatkan tindakan tentera ketika penahanan, prosedur soal siasat, mahkamah serta keadaan di dalam penjara. Mahkamah Israel turut dituduh membenarkan penahanan kanak-kanak berterusan tanpa mekanisme akauntabiliti yang berkesan.

Sumber:
https://palinfo.com/news/2026/10/14/1120921/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Serbuan ke atas Ramallah dan penahanan berpuluh-puluh orang di Nablus tidak akan menggugat keteguhan rakyat Palestin

Next Post

109 warga Israel ceroboh Masjid al-Aqsa dan lakukan ritual Talmud secara terbuka

Related Posts