Lebih 14,800 Pesakit Di Gaza Perlukan Rawatan Perubatan Kritikal – WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa lebih 14,800 pesakit di Gaza memerlukan rawatan perubatan kritikal yang ketika ini tidak dapat disediakan di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan semalam, menggesa supaya laluan rujukan perubatan dari Gaza ke Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur diaktifkan semula sebelum terlambat.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya sudah memudahkan pemindahan 32 kanak-kanak dan enam pesakit dewasa dari Gaza, diiringi 99 ahli keluarga.

Daripada jumlah itu, 25 kanak-kanak dan enam dewasa dibawa ke Itali, lima kanak-kanak ke Belgium dan dua kanak-kanak ke Turkiye.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 meragut 61,722 nyawa dan mencederakan 154,525 orang.

– BERNAMA-QNA

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Unit Kecemasan Hospital Gaza Ditutup Akibat Banjir Kumbahan

Next Post

Khemah Lusuh, Van Usang Jadi ‘Bilik Berita’ Wartawan Palestin

Related Posts