Lebih 16,500 Orang Di Gaza Perlu Rawatan Perubatan Segera – WHO

LONDON: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis berkata, lebih 16,500 orang di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam hantaran di platform media sosial X, Ghebreyesus berkongsi maklumat mengenai pemindahan pesakit yang dijalankan dari Gaza.

Beliau memaklumkan, WHO telah memindahkan 19 pesakit tenat dan 93 orang pengiring dari Gaza ke Itali untuk menerima rawatan perubatan, sambil menyatakan penghargaan kepada kerajaan Itali atas solidariti dan sokongan mereka.

“Kami menggesa lebih banyak negara menerima pesakit dari Gaza memandangkan lebih 16,500 orang masih memerlukan rawatan perubatan segera yang tidak tersedia di Semenanjung itu,” katanya.

Beliau turut menggesa semua laluan pemindahan, khususnya dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, dibuka bagi memudahkan pemindahan pesakit yang memerlukan bantuan.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO Lancar Kempen Vaksinasi Kanak-kanak Gaza Bermula Ahad Ini

Next Post

Angka Korban Gaza Meningkat Kepada 69,169 Orang

Related Posts