Lebih 3,600 Rakyat Palestin Ditahan Di Penjara Israel – PPS

RAMALLAH: Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel melebihi 3,600 orang setakat awal Julai, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, kedua-dua pertubuhan itu memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan arahan penahanan pentadbiran terhadap 25 lagi tahanan Palestin.

Tempoh penahanan berbeza-beza antara tiga hingga enam bulan.

Dasar penahanan pentadbiran Israel membolehkan penahanan rakyat Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, dalam tempoh yang boleh diperbaharui berdasarkan bukti rahsia yang tidak didedahkan bahkan kepada peguam tahanan.

Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B’Tselem menyifatkan penggunaan penahanan pentadbiran oleh Israel sebagai pelanggaran nyata terhadap batasan undang-undang antarabangsa.

“Israel melaksanakan dasar ini secara rahsia, sekali gus menafikan hak tahanan untuk membela diri dengan sewajarnya,” kata B’Tselem.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Gaza Sedang Mati, Dan Kami Mati Bersamanya” – Rintihan Wartawan Kebuluran

Next Post

Singapura Desak Gencatan Senjata Segera & Benarkan Bantuan Ke Gaza

Related Posts