Malaysia Kutuk Keras Tindakan Israel Di Bukit Golan

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluaskan penempatan haram di Bukit Golan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata keputusan Israel itu secara terang-terangan melanggar integriti wilayah dan kedaulatan Syria.

“Serangan udara Israel yang menyasarkan pelbagai lokasi di wilayah Syria bertentangan dengan prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar menunaikan tanggungjawab undang-undang dan moral dengan memastikan rejim Zionis Israel segera menghentikan semua serangan haram mereka.

“Malaysia menuntut Israel mematuhi undang-undang antarabangsa serta resolusi PBB berkaitan termasuk Resolusi 79/83 yang diterima pakai pada 3 Disember 2024,” katanya.

Arab Saudi dan Qatar pada Isnin mengecam keputusan Israel untuk membangunkan Bukit Golan yang merupakan wilayah sempadan di Syria.

Kementerian Luar Arab Saudi menegaskan tindakan berkenaan hanya akan menafikan peluang Syria untuk kembali mengecap keamanan.

Kementerian Luar Qatar juga senada dengan Arab Saudi mendakwa Israel secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.

Katanya, dengan peluasan kuasa di Bukit Golan, Israel menunjukkan pencerobohannya terhadap Syria yang memerlukan campur tangan antarabangsa.

Wisma Putra berkata Malaysia akan terus menyokong kedaulatan dan kemerdekaan wilayah Syria serta bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa.

Israel minggu lalu bersetuju membangunkan Bukit Golan dengan menyediakan dana AS$11.13 juta (RM49.55 juta).

Bukit Golan merupakan wilayah Syria yang diduduki Israel sejak 1967 dan 50,000 pendatang haram Israel sudah berada di bukit itu. – Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sorotan Perjuangan Pembebasan Palestin

Next Post

Warga Palestin Failkan Saman Jabatan Negara AS, Dakwa Sokong Tentera Israel

Related Posts