Malaysia Sumbang RM22 Juta Melalui Jordan, Bantu Gaza Atasi Kesusahan

Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan AS$5 juta (RM22.3 juta) kepada rakyat Palestin melalui usaha yang digerakkan kerajaan Jordan.

Bantuan yang diserahkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertujuan mengurangkan penderitaan rakyat Gaza, lapor BERNAMA.

“Ini usaha Malaysia, rakyat dan kerajaan untuk terus membantu rakyat Palestin yang diancam kekejaman tidak berperikemanusiaan.

“Kami rakyat Malaysia sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Putra hari ini.

Sumbangan yang disalurkan menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) itu diterima Duta Jordan ke Malaysia, Ismael Maddallah.

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing selepas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza terus dijadikan sasaran tentera Zionis.

Hospital yang menghadapi masalah untuk meneruskan operasi itu sedang berdepan gangguan air, elektrik dan bekalan oksigen untuk pesakit. – Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Warga Palestin Failkan Saman Jabatan Negara AS, Dakwa Sokong Tentera Israel

Next Post

Pengiktirafan Hak : Palestin Gesa 15 Lagi Negara Semak Semula Keputusan Di UNGA

Related Posts