Menteri Pengganas Israel Gelar Rancangan Genosid Trump ‘Bermoral’ dan ‘Sepenuhnya Berperikemanusiaan’

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata pada Selasa bahawa cadangan Presiden AS Donald Trump untuk memaksa perpindahan rakyat Palestin dari Gaza adalah “sepenuhnya berperikemanusiaan” dan “bermoral”.

Jadi, apabila ada seseorang yang ingin berhijrah di satu pihak, dan ada negara yang bersedia menerimanya di pihak lain, ia adalah sesuatu yang manusiawi dan bermoral, katanya dalam satu taklimat media.

Pertikaian Dalam Kerajaan Penjajah Israel

Dalam satu mesyuarat kabinet yang tegang pada Isnin, Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara, menegaskan bahawa menteri-menteri mesti mendapatkan nasihatnya mengenai kesahan cadangan Trump untuk mengusir rakyat Palestin secara paksa.

Namun, permintaan ini mendapat kritikan keras daripada pegawai kanan Israel, termasuk Saar yang menolak permintaan itu mentah-mentah.

Trump tidak merujuk peguam negara ketika merangka rancangannya, katanya.

Saar menambah lagi:
“Peguam negara yang terhormat bukanlah pihak yang membuat keputusan politik. Kami yang tentukan apa yang perlu dibuat, dan anda hanya beritahu bagaimana cara melaksanakannya.”

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berkata pada Ahad bahawa rancangan Trump boleh dimulakan dalam beberapa minggu dan mengesahkan bahawa rundingan dengan pasukan AS sudah bermula untuk melaksanakan pelan perpindahan besar-besaran rakyat Palestin.

Persiapan telah bermula di antara pasukan kami, bersama pasukan Presiden AS Donald Trump, kata Smotrich kepada wartawan, menurut laporan Israel Channel 12.

Menurut tinjauan pendapat yang disiarkan di Channel 12 Israel pada Isnin malam, sekurang-kurangnya 68% rakyat Israel menyokong rancangan Trump.

Sumber : Quds News Network

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polisi Terkini Syarikat META Bakal ‘Merancakkan’ Normalisasi Jenayah Genosid Israel ke Seluruh Dunia

Next Post

Di Sebalik Runtuhan, Rakyat Palestin Tetap Tunaikan Solat Tarawih

Related Posts