
Perdana Menteri Israel mendakwa Bukit Golan akan kekal menjadi jajahan negara itu selepas mengambil alih zon penampan minggu lalu.
Benjamin Netanyahu berkata dengan penggulingan bekas presiden Bashar Al-Assad maka segala perjanjian berkaitan bukit itu terbatal, lapor AFP.
“Golan akan menjadi sebahagian daripada negara Israel untuk selama-lamanya.
“Kawalan Israel ditingkatkan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan kami,” katanya dalam satu sidang media di Baitulmuqaddis semalam.
Israel minggu lalu mengarahkan tenteranya untuk berpindah ke zon penampan yang dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Golan.
Arahan itu dikeluarkan selepas pemberontak pimpinan Islam menggulingkan Assad dan tenteranya melarikan diri ke luar negara.
PBB semalam mengecam Israel menawan Bukit Golan mendakwa tindakan itu melanggar perjanjian pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.
Arab Saudi pula menegaskan tindakan Israel itu membuktikan negara haram berkenaan berterusan melanggar undang-undang antarabangsa.
Katanya, Israel menunjukkan keengganannya untuk memulihkan keselamatan, kestabilan dan integriti di Syria.
Israel bagaimanapun mendakwa penguasaan di zon penampan merupakan langkah sementara yang dibuat atas faktor keselamatan.
Kenyataan itu turut disokong Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller yang menyifatkan penaklukan itu langkah sementara.
“Langkah itu tidak kekal dan akhirnya, apa yang kita mahu lihat ialah kestabilan yang berkekalan antara Israel dan Syria,” katanya. – Tv Pertiwi
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj