
Penceroboh haram pada Jumaat, menyerang petani Palestin semasa mereka memetik buah zaitun di beberapa buah kampung dan pekan di daerah Nablus di utara Tebing Barat yang dijajah dan membakar sebuah kenderaan di kampung Tal di barat daya daerah itu, sementara pasukan rejim menghalang pemilik tanah daripada sampai ke tanah mereka dan memetik buah zaitun.
Sumber-sumber tempatan dan keselamatan menyatakan bahawa mereka bertindak menyerang pemetik buah zaitun di kampung-kampung Tal, Jama’in, Qusra, Beita dan Osrin di selatan Nablus, dan Sebastia serta Beit Imrin di barat lautnya, selain Beit Furik dan Beit Dajan di timur daerah itu.
Sumber-sumber itu menambah bahawa mereka turut membakar sebuah kenderaan milik penduduk, Hamza Ahmad Asad Yamin, dari kampung Tal, sehingga ia hangus terbakar. Di kampung Qusra, pasukan rejim melancarkan bom gas pemedih mata dan bom bunyi, yang menyebabkan kebakaran berlaku di kawasan tanah, seiring dengan penghalangan pemilik tanah daripada memetik buah zaitun.
Serangan-serangan ini berlaku dalam keadaan peningkatan serangan peneroka haram terhadap petani Palestin ketika bermulanya musim memetik buah zaitun, yang merupakan sumber rezeki utama bagi ribuan keluarga Palestin, di tengah-tengah kebimbangan terhadap meluasnya serangan yang menyasarkan petani, tanah dan harta benda mereka di Tebing Barat yang dijajah.
.
https://palinfo.com/news/2026/10/09/1120446/
.
https://palinfo.com/news/2026/10/09/1120446/