
GAZA, 1 Jamadilakhir 1446H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan bahawa sistem makanan tempatan di Gaza telah musnah akibat serangan darat dan udara oleh Israel.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, rakan-rakan kemanusiaan memberi amaran bahawa sistem makanan tempatan telah musnah akibat operasi tentera di darat, pengeboman kawasan awam, dan bahan letupan yang belum meletup.”
Katanya, akses kepada makanan kekal sebagai isu yang paling kritikal yang dibangkitkan oleh seluruh masyarakat dunia.
Dujarric juga menekankan bahawa ketidaktentuan makanan di Gaza semakin meruncing setiap hari, menyebabkan penduduk Gaza menjadi lebih berisiko.
Jika sebelum ini kedai roti di Gaza menjadi talian hayat bagi penduduk, kini ia tidak lagi dapat beroperasi akibat kekurangan bahan bakar dan tepung. – Agensi
Ismaweb
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj