Penipuan Israel Akhirnya Terbongkar

WASHINGTON – Beberapa laporan mendedahkan Amerika Syarikat (AS) sebenarnya mengetahui insiden letupan di Rafah, selatan Gaza yang membunuh dua askar Israel berpunca daripada alat letupan tidak meletup (UXO).

“Ia bertentangan dengan tuduhan dibuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendakwa Hamas menyerang kereta kebal milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF),” menurut wartawan Ryan Grim pada Isnin memetik beberapa sumber rapat yang boleh dipercayai.

Bagi menutupi kesilapan sendiri, Netanyahu secara tiba-tiba mengumumkan lintasan sempadan akan dibuka setelah pemimpin ‘ekstremis’ tersebut menangguhkan pembukaannya bagi memberi laluan kepada konvoi penghantaran bantuan beberapa jam sebelum itu.

Wartawan Curt Mills di The American Conservative memetik kenyataan pegawai kanan AS juga mengesahkan Hamas tidak ada kena mengena dengan kejadian itu.

“Kereta kebal IDF melanggar peranti letupan buatan sendiri (IED) yang mungkin ditanam di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu. Ia meletakkan kesalahan itu terhadap Hamas,” jelasnya.

IDF kemudiannya mengambil peluang untuk melancarkan semula gelombang serangan baharu ke seluruh Gaza hingga menjejaskan perjanjian gencatan senjata. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Walau Gencatan Senjata, Penduduk Gaza Terus Diancam

Next Post

Lapan Kontena Nasi Arab Bakal Dihantar Ke Gaza Bulan Ini

Related Posts