1. Peperangan Taufan Aqsa tidak akan berhenti kecuali jika ada penglibatan dan intervensi dari pihak kerajaan atau badan antarabangsa. Rakyat boleh mainkan peranan dalam bantuan kemanusiaan atau memberikan sokongan moral atau meluaskan kempen kesedaran … tapi itu sekadar untuk membendung peperangan agar tidak lebih teruk atau dalam istilah lain sekadar bertahan.
2. Keputusan parlimen Afrika Selatan menutup kedutaan Israel dan memutuskan hubungan diplomatik antara langkah yang boleh memberi kesan signifikan kepada peperangan ini. Apatah lagi jika keputusan itu dilaksanakan dan diikuti oleh negara-negara lain.
3. GSPP dari awal ada membuat 9 tuntutan terhadap kerajaan Malaysia dan 8 tuntutan terhadap negara-negara Arab. Tuntutan-tuntutan itu berkisar di sekitar pendirian, dasar dan polisi kerajaan terhadap peperangan ini.
4. Walaupun banyak yang tidak dipenuhi lagi, tetapi tindakan kerajaan tidak membenarkan kapal Zionis berlabuh di Malaysia diharap menjadi permulaan kepada pendirian lain yang termaktub di dalam senarai tuntutan.
Wallahu a’lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
20 disember 2023
#sebarkankemenangan #akhiripenjajahan #ummahfadhilah #bumimikraj
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj