
DUNIA sedang menyaksikan kebiadapan rejim Zionis yang memerintah sebuah negara haram Israel di tingkat yang paling tinggi.
Pada hari Jumaat 13 Jun 2025 lalu, Israel telah pun melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran.
Serangan tersebut telah menyasarkan kemudahan nuklear di Natanz, kilang peluru berpandu serta ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di Tehran.
Serangan yang dinamakan sebagai Operation Rising Lion itu merupakan kemuncak kepada ketegangan Nuklear sejak beberapa bulan yang lalu.
Alasan Israel menyerang Iran kononnya adalah sebagai pre-emptive measure atau langkah pencegahan adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ia kerana Israel adalah sebuah negara haram yang memiliki senjata nuklear. Manakala Iran pula tidak memiliki senjata nuklear.
Dialog mengenai program pembangunan senjata nuklear Iran terus berjalan lancar.
Lalu kenapa Israel harus menyerang Iran? Dan apakah Israel mampu menghadapi Iran secara bersendirian?
Realitinya kini, Israel secara resmi sudah meminta Amerika Syarikat (AS) untuk terlibat secara langsung dalam perang itu.
Arogansi Donald Trump dan AS sangat memungkinkan untuk Amerika turut sama berperang bagi menyokong Israel yang menjadi sekutu utamanya.
Sekiranya itu berlaku, apakah mungkin China dan Rusia yang selama ini menjadi sekutu rapat Iran akan berdiam diri?
Dan sekiranya China dan Rusia juga ikut campur dalam peperangan maka itu adalah permulaan kepada kehancuran AS dan dominasinya ke atas dunia selama ini.
Dengan keadaan kewangannya yang semakin meruncing dan juga dengan perang perdagangannya dengan China, AS tidak akan mampu bertahan terlalu lama.
Perang ini pada akhirnya hanya akan membuatkan AS dan sekutu-sekutunya lemah dan hancur.
Perang juga akan menyemarakkan lagi semangat Anti AS dan Israel di seluruh dunia dan ia juga akan membuatkan umat Islam di seluruh dunia semakin bersatu.
Kehancuran AS dan sekutu-sekutunya juga akan membuatkan proksi-proksi mereka di seluruh dunia tumbang satu persatu.
Perang itu juga akan menyebabkan kuasa dunia ketiga yang baru akan muncul.
Jangan terperanjat kalau kuasa ketiga yang akan bangkit itu nanti adalah dari wilayah kita iaitu Kepulauan Melayu atau Nusantara. Ramalan Nusantara akan bangkit setelah 500 tahun dijajah oleh Eropah akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Perang Israel – Iran adalah merupakan pertanda terakhir kebangkitan Nusantara yang akan bermula pada 1 Muharam 1447.
Nusantara akan bangkit untuk menyatukan umat Islam dan memimpin dunia Islam.
Nusantara akan menjalin persekutuan dengan China dan India untuk membentuk order baru dunia dari Timur.
Sumber: Datuk Dr Ramalan Yunus
Penganalisis politik dan ekonomi bebas.
Terbitan: Malaysia Gazette
#artikelpalestin
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj