Presiden Iran Umum Gantung Kerjasama Dengan IAEA Sepenuhnya

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, secara rasmi telah menandatangani dekri presiden yang menggantung semua bentuk kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), susulan serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear utama negara itu bulan lalu.

Langkah ini menyusul selepas Parlimen Iran meluluskan undang-undang yang mengarahkan penggantungan kerjasama di bawah Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) dan perjanjian keselamatan berkaitan.

Menurut laporan media rasmi Iran, penggantungan ini akan kekal sehingga “keselamatan kemudahan dan saintis nuklear Iran dapat dijamin sepenuhnya”.

Dalam kenyataan kepada media, jurucakap PBB menyifatkan keputusan Iran sebagai “amat membimbangkan”, manakala Israel mengutuk tindakan itu sebagai “pengingkaran terang-terangan terhadap komitmen antarabangsa” dan menggesa negara-negara Eropah untuk mengaktifkan mekanisme “snapback” bagi mengenakan semula sekatan PBB.

Sementara itu, Jerman menyifatkan keputusan Iran sebagai “isyarat yang membinasakan” terhadap usaha diplomatik, manakala AS menyatakan bahawa tindakan itu “tidak boleh diterima” dan mendesak Tehran agar kembali bekerjasama dengan IAEA tanpa syarat.

Walaupun IAEA masih menunggu maklumat rasmi lanjut daripada Tehran, sumber diplomatik menyatakan bahawa para pemeriksa agensi itu masih berada di Iran dan belum diarahkan keluar.

Langkah ini dijangka akan memperburuk ketegangan serantau dan menjejaskan sebarang usaha untuk menyambung semula rundingan nuklear yang telah lama tergendala.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengarah Hospital Indonesia Syahid Bersama Keluarga Akibat Serangan Zionis

Next Post

Pemain Bola Sepak Palestin Terbunuh Dalam Serangan Dron Israel Di Gaza

Related Posts