Presiden Palestin Mahmoud Abbas Umum Rawhi Fattuh Sebagai Calon Pengganti

PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan Pengerusi Majlis Kebangsaan Palestin Rawhi Fattuh sebagai calon penggantinya apabila sampai masanya kelak.
Fattuh akan menggantikan Abbas dalam tempoh sementara apabila jawatan itu dikosongkan, sekali gus berpeluang menyingkirkan Hamas daripada sebarang penglibatan dalam peralihan masa depan.

Abbas, 89 tahun, masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009 dan telah menentang tekanan untuk melantik pengganti atau Naib Presiden.

Dalam satu dekri, Abbas berkata, Fattuh akan menjadi pengganti sementaranya sekiranya jawatan itu kosong.

“Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan, presiden Majlis Kebangsaan Palestin akan memikul tugas… buat sementara waktu,” katanya.

Dekri itu menambah, berikutan tempoh peralihan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari.
Tarikh akhir ini boleh dilanjutkan sekiranya berlaku “force majeure”, kata Abbas lagi. – Agensi

Astro Awani

#beritahariini #bumimikraj

_____

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ribuan Penduduk Lubnan Mula Kembali Ke Rumah Setelah Gencatan Senjata Dikuatkuasakan

Next Post

Siri 2 : Kisah Yahya Sinwar Dari Kaca Mata Rakan Karibnya

Related Posts