Rejim Zionis Bubarkan Majlis Konvokesyen Pelajar Universiti al-Quds dan Tahan Sebilangan Peserta

Rejim Zionis Bubarkan Majlis Konvokesyen Pelajar Universiti al-Quds dan Tahan Sebilangan Peserta
Pasukan penjajah rejim Zionis Israel telah menghalang, pada petang Isnin, majlis konvokesyen untuk pelajar Universiti al-Quds di Kota Lama Baitulmaqdis dan menahan beberapa orang peserta majlis tersebut.
.
Pasukan tersebut menceroboh “Khan Tankaz” di pasar al-Qattanin yang berhampiran dengan Masjid al-Aqsa yang diberkati, dan membubarkan majlis konvokesyen sebilangan pelajar Universiti al-Quds. 
.
Turut ditahan, Pengarah Pusat Pengajian Baitulmaqdis di Universiti al-Quds, Dr. Yusuf al-Natsheh, Ketua Persatuan Pelancongan Baitulmaqdis, Raed Sa’adah, Hassan al-Lawzi, dan seniman Baitulmaqdis, Hussam Abu ‘Aishah.
.
Pihak rejim mengenakan sekatan ketat ke atas aktiviti dan acara yang diadakan di Kota Lama Baitulmaqdis, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghapuskan identiti Arab dan Islam di kota suci tersebut.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: المركز الفلسطيني للإعلام
.
#beritaterkini
__
Berita terkini saudara kita di Palestin.
Tekan butang Join sekarang.
t.me/bumimikraj
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menyingkap Isu “Lubnan Dijual”: Apa Sebenarnya Berlaku?

Next Post
Kecelakaan Buat Para Pentaksub

Kecelakaan Buat Para Pentaksub

Related Posts