Remaja Palestin Terkorban Pada Ulang Tahun Kelahiran Akibat Serangan Israel

GAZA, 19 Julai – Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya awal pagi tadi selepas terkena serpihan peluru zionis Israel.

Mangsa, dikenali sebagai Kholoud Abed berusia 17 tahun maut dalam serangan terbaharu Israel pada waktu yang sama dia dilahirkan, iaitu ketika subuh.

Ibunya, Iman Abed tidak dapat menahan kepedihan dan kesedihan yang mendalam atas kehilangan anak perempuanya.

Dia turut menceritakan perbualan terakhir bersama anaknya dua hari lalu.

“Dia tanya kenapa kita tidak mati syahid saja supaya boleh masuk syurga, boleh makan apa saja, ada pisang, epal dan… roti. Syurga ada roti,” kongsi ibunya.

Remaja itu sebelum ini sanggup mencari roti walaupun harganya mencecah 8 shekel (kira-kira RM11), namun tetap gagal mendapatkannya.

Kholoud merupakan antara ribuan kanak-kanak Palestin yang terkorban dalam konflik berterusan di Gaza. – REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pendatang Haram Yahudi Serang Petani Palestin, Ternakan Dibunuh & Dicuri

Next Post

1,500 Pelajar Palestin Cekal Hadapi Peperiksaan Di Tengah Serangan Israel

Related Posts