
Perang Taufan Al-Aqsa menyaksikan kehebatan mujahidin bertempur melawan entiti yang dipayungi oleh kuasa dunia. 2 tahun lebih Gaza bangkit mencabar Zionis laknatullah yang digeruni oleh semua negara Islam lain, membuktikan bahawa mereka mampu menyaingi kekuatan musuh.
Namun setiap perjuangan ada pengorbanan dan antara kehilangan besar mujahidin kita di sana dalam perang Taufan Al-Aqsa ialah syahidnya tokoh-tokoh pemimpin dan panglima besar mereka, sejumlah besarnya ialah mereka yang terlibat dalam mengasaskan pasukan pejuang di Gaza sejak awal lagi.
Antara nama besar yang mula disahkan gugur setelah lebih setahun Israel mengganas di Gaza ialah Saleh Arouri. Walaupun beliau bukanlah syahid di Gaza, tetapi masih dalam arena medan perang Taufan Al-Aqsa, di mana Israel ketika itu begitu terdesak kerana tidak dapat membunuh dan mencari walau saru pun dalam senarai orang yang dikehendaki oleh mereka. Tambahan pula tiada satu pun juga tawanan daripada Israel yang telah ditawan oleh Briged Al-Qassam pada permulaan Operasi 7 Oktober yang berjaya dikesani oleh tentera Israel.
Syahidnya Arouri merupakan permulaan kepada syahidnya pimpinan lain dalam pasukan pejuang terutamanya Briged Al-Qassam.
Kenapa Arouri sangat dikehendaki musuh Zionis laknatullah walaupun beliau bukan berada di Gaza?
Mengikut temu bual oleh beberapa tokoh pimpinan Hamas termasuk Abd Hakim Hunaini yang telah hidup 19 tahun bersama beliau, Arouri telah disifatkan sebagai seorang yang bijak mengatur strategi (strategist).
Antara visi beliau ialah menyatukan semua pasukan pejuang yang ada dalam Palestin. Beliau meyakini bahawa Al-Quds tidak akan berjaya dibebaskan kembali sehinggalah ummat Islam seluruh dunia bersatu, bermula dengan orang yang di Palestin sendiri.
Ada satu kisah menarik di mana pada tahun sebelum syahidnya beliau, beliau telah dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu Allah bertandang melaksanakan ibadah haji. Seperti biasa aspek keselamatan sangat ditekankan oleh pasukan pejuang walaupun di Tanah Haram kerana Arouri sangat dikehendaki oleh musuh-musuh Islam, termasuklah musuh dalam selimut. Lalu satu pasukan keselamatan telah ditugaskan untuk memanrau dan menjaga keselamatan beliau dengan rapi sepanjang berada di sana.
Tetapi ada satu masa di mana Arouri sendiri meloloskan dirinya daripada pasukan keselamatan ini dan membawa diri keseorangan di hadapan Kaabah. Kemudian, beliau mendekati dan dapat memegang kain kiswah Kaabah itu dan mengucupnya. Ketika ditanya kenapa beliau sanggup meloloskan diri menggadaikan aspek keselamatan semata-mata untuk mendekati Kaabah, beliau menjawab, “aku nak mohon kepada Allah dengan sebenar-benar permohonan agar aku mati syahid”. Itu sahaja rupanya.
Jadi kemungkinan besar sebab itulah pada tahun selepasnya, beliau ditakdirkan dijemput pula oleh Allah swt menghadap dalam keadaan digeruni dan ditakuti oleh musuh sehingga sanggup menghaluskan beliau.
Arouri hanyalah salah satu nama daripada ramai pimpinan utama Hms yang merupakan panglima bagi seluruh ummat Islam dalam perang melawan Zionis yang kejam ini. Yahya Sinwar, Muhammad Deif, Abu Ubaidah (Huzaifah Al-Khalout) itu yang daripada Briged Al-Qassam sahaja. Pasukan pejuang yang lain seperti Briged Saraya dan lain-lain juga mengalami kehilangan hampir semua pimpinan utama mereka.
Walaupun begitu, perlu ditekankan di sini bahawa gugurnya bukan bermakna Briged Al-Qassam lemah dalam melindungi peimpin mereka. Kena ingat bahawa Israel langsung tidak berjaya merampas kembali walau seorang pun tawanan yang merupakan rakyat Israel dalam tahanan Al-Qassam sehingga habis perang. Kalau lah mereka berjaya melindungi tawanan, sudah tentu mereka lebih mampu melindungi pemimpin mereka.
Tetapi pemimpin mereka ini bukan sekadar pimpinan yang biasa-biasa, tetapi juga merupakan panglima perang yang berada di medan. Maknanya mereka sendiri yang memilih untuk berjuang dan syahid di medan perang.
Meskipun ramai yang gugur, tetapi jangan pernah lupa dengan janji Allah bahawa mereka sudah tentu dihapuskan dari muka bumi ini satu hari nanti. Kemenangan Islam makin hampir.