Tangisan Kebuluran Di Gaza Sekuat Letupan Bom

GAZA, 15 Julai – Bagi penduduk Gaza, tangisan kelaparan kini bergema sekuat letupan bom dan kajian menunjukkan satu bentuk peperangan baharu telah tercetus.

Israel menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan yang didakwa dilakukan dengan sistematik untuk melemahkan semangat penduduk Gaza yang terkepung .

Pertubuhan bantuan kemanusian memberi amaran bahawa taktik kejam itu merupakan ancaman terbesar kepada orang awam.

Pada Jun lalu, pihak Defence for Children International (DCI) dalam laporannya mendakwa kebuluran kini dijadikan senjata di Gaza.

“Tidak diragui lagi, Israel telah menggunakan kebuluran secara sistematik sebagai senjata peperangan.

“Sejak awal peperangan, kami melihat pengepungan ke atas Gaza. Bantuan makanan, air, bekalan perubatan, dan kebersihan disekat daripada memasuki wilayah ini. Ini jelas menunjukkan niat dari pihak Israel,” kata Kathryn Ravey, pegawai advokasi antarabangsa kumpulan tersebut.

Israel juga didakwa menyasarkan sektor penting yang menyokong kehidupan seperti kilang roti, industri perikanan dan paling ketara, loji air yang penting bagi membekalkan air bersih kepada penduduk Gaza.

Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Nasser, Dr Ahmed Al-Farra, pula mendakwa taktik perang digunakan Israel ini adalah bertujuan menghapuskan generasi akan datang.

Menurutnya, ini terbukti dengan peningkatan kes kematian kanak-kanak akibat kekurangan zat makanan.

Sementara itu, inisiatif bantuan baharu yang disokong Amerika Syarikat iaitu Gaza Humanitarian Foundation (GHF), turut dikritik kerana didakwa digunakan tentera Israel untuk membunuh penduduk Gaza ketika mendapatkan bantuan.

Kekejaman Israel di Gaza sehingga kini telah mengorbankan lebih 58,000 rakyat Palestin, manakala 138,000 lagi cedera. – VIORY

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin Arab Tunggang Isu Palestin Demi Populariti

Next Post

Israel Rancang Bina ‘Kem Tahanan’ Penduduk Palestin Di Rafah

Related Posts