
GAZA: Lebih 11,000 individu dilapor masih hilang di Gaza sejak tercetus konflik Israel dan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Majoriti mereka dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan atau belum dikenal pasti lokasi mereka.
Kekurangan jentera berat serta bahan api kritikal menjejaskan usaha mencari dan menyelamat, dengan kebanyakan mesin musnah atau tidak lagi beroperasi.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekitar 92 peratus atau kira-kira 436,000 unit kediaman musnah atau rosak akibat bedilan berterusan oleh Israel.
PBB menganggarkan lebih 50 juta tan runtuhan perang perlu dibersihkan dan proses ini boleh memakan masa lebih dua dekad tanpa sumber dan peralatan mencukupi.
Dalam pada itu, laporan media tempatan Palestin menyatakan lebih 62,000 nyawa menjadi korban sejak Oktober 2023 hingga April 2025.
Daripada jumlah itu, 51,065 mayat telah ditemui, manakala lebih 11,000 orang masih belum diketahui nasib mereka.
Pertubuhan kemanusiaan memberi amaran, kelewatan dalam kerja-kerja pembersihan runtuhan bukan sahaja menyiksakan keluarga mangsa, malah berpotensi mencetuskan bencana kesihatan dan alam sekitar di antara kawasan paling padat penduduk di dunia.
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj