Serangan Israel Ragut 84 Lagi Nyawa Di Gaza Sejak Semalam

GAZA: Serangan Israel ke atas Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 84 orang, menurut sumber perubatan yang memaklumkan kepada media Al Jazeera, ketika rundingan gencatan senjata secara tidak langsung sedang diadakan di Qatar.

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza, termasuk di kem pelarian Jabalia, sejak awal pagi Rabu, menurut sumber perubatan.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, hampir 50 orang terbunuh di sekitar Jabalia dan 10 lagi di bandar selatan Khan Younis.

Di Jabalia, pasukan penyelamat terpaksa memecahkan runtuhan konkrit dengan hanya diterangi cahaya dari kamera telefon bimbit untuk mengeluarkan mayat kanak-kanak yang terkorban.

Melaporkan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum berkata bahawa Israel melancarkan “kempen ketenteraan udara yang sistematik dan semakin intensif”.

“Sasaran utamanya kediaman penduduk untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan ini dan berpindah ke khemah sementara, yang akan memudahkan sebarang rancangan untuk mengusir mereka keluar dari utara Gaza,” katanya.

“Ini adalah satu realiti yang sangat dramatik dan ia menyerlahkan betapa teruknya beban bencana kemanusiaan yang ditanggung oleh kanak-kanak dan keluarga pelarian di utara Gaza sepanjang minggu lalu,” tambah Abu Azzoum.

Serangan ini berlaku ketika delegasi Israel berada di Doha untuk meneruskan rundingan gencatan senjata secara tidak langsung dengan Hamas melalui pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat, sehari selepas pembebasan tawanan Israel-Amerika, Edan Alexander. – AL JAZEERA

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kronologi Nakbah Palestin. Bagaimana Ia Berlaku?

Next Post

Umat Islam Perlu Terus Bersolidariti & Menyokong Pembangunan Semula Palestin

Related Posts