Tentera Israel Halang Kapal Bantuan “Madleen” Memasuki Gaza

GAZA: Tentera Israel hari ini telah menaiki dan menyekat sebuah kapal amal milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang cuba menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

Kapal layar Madleen itu berlepas dari Sicily pada 6 Jun lalu dengan membawa 12 kru serta bantuan keperluan asas seperti beras dan susu bayi

Antara yang berada di atas kapal itu ialah aktivis iklim terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, dan ahli Parlimen Eropah dari Perancis, Rima Hassan.

Menurut video yang dimuat naik Kementerian Luar Israel di platform X, tentera laut negara itu memberi amaran kepada kapal tersebut agar mengubah haluan kerana kawasan perairan Gaza ditutup.

“Jika anda ingin menghantar bantuan, ia boleh dilakukan melalui pelabuhan Ashdod,” kata seorang anggota tentera laut dalam video itu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengarahkan tenteranya untuk menghalang kapal terbabit, dengan mendakwa misi itu sebagai usaha propaganda yang menyokong Hamas.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 54,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan balas oleh Israel.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa majoriti daripada lebih dua juta penduduk Gaza kini berdepan kebuluran.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Dakwa Israel Tak Lagi Peduli Oleh Kecaman Negara Dunia Tanpa Tindakan

Next Post

Malaysia Zahir Kebimbangan Terhadap Penahanan Kru Flotila Madleen Ke Gaza

Related Posts