Tentera Israel Terbunuh Ditembak Penembak Tepat Di Gaza

GAZA – Seorang tentera Israel terbunuh dalam serangan penembak tepat oleh Hamas di Bandar Gaza pada Rabu, umum Tentera Pertahanan Israel (IDF) pada pagi Khamis.

Anggota berkenaan dikenal pasti sebagai Staf Sarjan Chalachew Shimon Demalash, 21, daripada Batalion Ke-932 Briged Nahal berasal dari Beersheba.

Menurut siasatan awal IDF, Demalash sedang bertugas di sebuah menara kawalan di kem tentera apabila terkena tembakan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di media sosial dengan menyifatkan negara “menghormati keberaniannya dan berdiri bersama keluarga pada saat sukar ini.”

Kematian Demalash menjadikan jumlah korban IDF dalam operasi baharu di Bandar Gaza meningkat kepada dua manakala jumlah keseluruhan korban Israel sejak perang dengan Hamas bermula kini mencecah 471 orang, termasuk dua anggota polis dan tiga kontraktor awam Kementerian Pertahanan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan lebih 65,000 orang terbunuh atau dipercayai terkorban sejak perang bermula. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rakyat Israel Desak Tamatkan Perang Gaza Dalam Protes Di Lapangan Terbang

Next Post

UNRWA Tekad Terbabit Dalam Pembangunan Semula Gaza Pascaperang

Related Posts