“Tinggalkan Gaza Sekarang!” – Netanyahu Ugut Penduduk Gaza

GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran keras kepada penduduk Gaza City agar segera meninggalkan kawasan itu, hanya beberapa jam selepas Israel mengumumkan rancangan meningkatkan serangan udara ke atas wilayah berkenaan.

“Kepada penduduk Gaza, saya ingin katakan, ambil peluang ini dan dengar dengan teliti: anda sudah diberi amaran – tinggalkan sekarang!” tegas Netanyahu.

Beliau turut mendedahkan, pasukan tentera kini sedang digerakkan dan dihimpunkan di Gaza City bagi melancarkan “manuver darat.”

Israel ketika ini giat melaksanakan operasi ketenteraan yang dikecam masyarakat antarabangsa, dengan matlamat menawan Gaza City serta memindahkan secara paksa seluruh penduduknya ke bahagian selatan. – Al Jazeera

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Sambut Baik Cadangan Gencatan Senjata Terbaharu Daripada AS

Next Post

Kapal Utama Flotilla Global Diserang Dron Di Perairan Tunisia

Related Posts