


๐Tokoh Palestin๐
๐ฆ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ฆ๐ต๐ฒ๐ถ๐ธ๐ต ๐ฅ๐ฎ๐ฒ๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต.
Biodata:
- Nama penuh ialah Sheikh Raed Salah.
- Dilahirkan pada 1958 di Umm al-Fahm, di utara Palestin 1948.
- Beliau merupakan Pengasas Gerakan Islam di Palestine-1948 (kawasan jajahan Israel) pada tahun 1970-an.
Jasa & Sumbangan:
- Berperanan besar dalam memelihara warisan Islam di Baitulmaqdis
- Pernah menjadi Datuk Bandar Umm al-Fahm tetapi melepaskannya untuk fokus kepada perjuangan pembebasan al Aqsa.
- Beliau telah menghadiri banyak perhimpunan Diaspora Palestin di negara-negara Eropah dan persidangan solidariti dengan rakyat Palestin
- Syeikh Raed menjadi salah seorang tokoh Palestin yang paling berani dalam perjuangannya menentang penjajahan yang mengakibatkan acap kali beliau ditangkap penjajah Israel
- Penggunaan kaedah penentangan tanpa senjata telah menyebabkan beliau digelar “Gandhi Palestin.”
- 1993 & 1997 : Berjaya memenangi pilihan raya kerajaan tempatan sebanyak 2 kali
- 1998 : Raed Salah melancarkan inisiatif “komuniti mandiri” yang bertujuan untuk mencapai pembangunan diri Palestin dan kemandirian ekonomi daripada penjajah Israel.
- 2021 : Syeikh Salah dianugerahkan hadiah Al-Murabit oleh Kesatuan Ulama Muslim SeDunia.
Petikan Kata:
- “Tiada sesiapa pun berhak menghalang jemaah muslimin yang mahu beribadah memasuki Masjid al-Aqsa kerana itu adalah hak asal kami untuk berbuat demikian”
#tokohpalestin #SebarkanKemenangan #AkhiriPenjajahan #bumimikraj
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj