Vaksin Disekat, 600,000 Kanak-Kanak Gaza Hadapi Ancaman Lumpuh Seumur Hidup

GAZA — Seramai lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza kini berisiko mengalami lumpuh kekal dan kecacatan kronik lain sekiranya tidak menerima vaksin dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, tindakan penjajah Israel yang menghalang kemasukan vaksin polio ke Semenanjung Gaza merupakan satu ancaman besar terhadap kesihatan awam.

“Pencegahan kemasukan vaksin polio oleh penjajah Israel ibarat bom jangka yang boleh menyebabkan penularan wabak secara meluas,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan di media sosial.

Justeru pihak berkuasa kesihatan Gaza merayu kepada masyarakat antarabangsa agar mendesak Israel membenarkan kemasukan vaksin dan menyediakan laluan selamat untuk memastikan semua kanak-kanak di Gaza mendapat perlindungan sewajarnya.

Selepas pengesanan semula virus polio di Gaza buat kali pertama dalam lebih 20 tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran bagi mencegah penularan.

Pada Februari lalu, ketika berlangsungnya gencatan senjata sementara, WHO melaporkan bahawa kempen vaksinasi melepasi jangkaan, namun memberi amaran bahawa potongan dana oleh Amerika Syarikat boleh memberi kesan terhadap kelangsungannya.

Dua pusingan vaksinasi telah dijalankan pada September dan Oktober 2024, dengan lebih 95 peratus kanak-kanak yang disasarkan telah menerima dua dos vaksin oral.

Namun sampel alam sekitar yang diambil pada Disember 2024 dan Januari 2025 mendapati virus tersebut masih aktif dan beredar di kawasan tertentu di dalam Gaza.

Sumber: The Merdeka Times

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syria, Pintu Pembebasan Baitul Maqdis

Next Post

Trump Berkeras Untuk Teruskan Pelan Rampasan Gaza

Related Posts