14,000 Bayi Di Gaza Berisiko Mati Dalam Tempoh 48 Jam – PBB

HAMILTON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sehingga 14,000 bayi di Gaza boleh mati dalam tempoh 48 jam akan datang melainkan bantuan kemanusiaan segera disampaikan kepada mereka.

Ketua kemanusiaan PBB, Tom Fletcher menekankan keadaan di Gaza cukup kritikal ketika ini.

Beliau berkata, walaupun beribu-ribu trak bantuan yang membawa susu formula bayi dan bekalan nutrisi penting disediakan untuk memasuki Gaza, mereka tetap terperangkap di sempadan kerana sekatan Israel.

“Kami menghadapi risiko rompakan. Kami menghadapi risiko dipukul sebagai sebahagian daripada serangan tentera Israel.

“Kami menghadapi pelbagai risiko cuba mendapatkan makanan bayi itu kepada ibu-ibu yang tidak boleh memberi makan anak mereka sekarang kerana mereka kekurangan zat makanan,” katanya.

Krisis kemanusiaan di Gaza telah bertambah buruk secara mendadak sejak pertengahan Mac, apabila Israel meneruskan serangan walaupun gencatan senjata dan mengenakan larangan sepenuhnya terhadap kemasukan makanan, ubat-ubatan, dan bahan api ke wilayah itu.

Satu daripada lima rakyat Palestin di Gaza kini menghadapi kebuluran, dan hampir 71,000 kanak-kanak bawah lima tahun berisiko mengalami kekurangan zat makanan akut, kata agensi PBB.

Pada malam Isnin, Israel membenarkan konvoi kecil lima trak bantuan melalui persimpangan Karem Abu Salem (Kerem Shalom) di selatan Gaza.

Ia merupakan penghantaran pertama makanan bayi dan barangan kritikal dalam tempoh hampir tiga bulan.

Walau bagaimanapun, Fletcher memberi amaran bahawa bantuan terhad yang dibenarkan adalah “setitik di lautan” dan berkata ia masih belum sampai kepada komuniti yang paling terjejas. – Agensi

Sumber: Malaysia Gazette

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masa Depan Palestin Bergantung Kesatuan Dan Solidariti Negara Islam

Next Post

Gaza Tenat! Itali Desak Israel Henti Serangan dan Benarkan Bantuan Ke Gaza

Related Posts