219 Wartawan Terbunuh Di Gaza Sejak 7 Oktober 2023 – PJS

Kesatuan Wartawan Palestin (PJS) mengutuk dasar penindasan berterusan oleh rejim haram Israel yang membunuh wartawan serta keluarga mereka.

Dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita Wafa, organisasi itu memaklumkan seramai 219 wartawan dan kakitangan media Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023, termasuk 30 wanita.

PJS turut menyatakan bahawa Israel telah mencederakan sekurang-kurangnya 430 wartawan dan membunuh 685 ahli keluarga wartawan Palestin sepanjang tempoh yang sama.

Sekurang-kurangnya 1,000 wartawan di Gaza kini hidup dalam keadaan perpindahan yang berulang.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan telah berkongsi beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan serangan Israel ke atas Hospital Nasser yang memusnahkan sebuah gudang tempat bekalan perubatan.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan kotak-kotak bekalan yang rosak, termasuk botol cecair intravena (IV).

Ketua Pengarah hospital-hospital di Gaza, Dr Muhammad Zaqout berkata, kakitangan perubatan di hospital kini berasa takut sekiranya tentera Israel menyerbu hospital secara melulu.

Terbaharu, hospital itu telah menerima pesakit yang cedera akibat pengeboman Israel di Khan Younis.

Sumber: Tv Pertiwi

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Kakitangan UNRWA Di Gaza Melepasi Paras Tragis 300 Orang

Next Post

Umat Islam Diseru Laksana Solat Hajat, Qunut Nazilah Buat Rakyat Palestin

Related Posts