Mesir Mahu Trump Akur Solusi Negara Arab untuk Bangunkan Semula Gaza

BANGI, 4 RAMADAN — Presiden Mesir menggesa Donald Trump bersetuju dengan cadangan negara Arab terhadap pelan pembangunan semula di Gaza.

Abdel Fattah El-Sissi berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) wajar memberikan kerjasama dalam mengekalkan rakyat Palestin di Gaza, lapor AP.

“Trump, negara Arab dan masyarakat antarabangsa perlu menyokong pelan komprehensif dan penyelesaian adil dalam isu rakyat Palestin.

“Punca permasalahan konflik Israel-Palestin perlu diakhiri dengan jaminan keselamatan dan kestabilan rakyat serantau serta penubuhan negara Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di media sosial selepas Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab semalam meluluskan dana AS$53 bilion (RM236 bilion).

Dana itu bagi pelan pembangunan semula Gaza dengan mengekalkan dua juta rakyat Palestin sekaligus menolak pelan pembangunan Gaza oleh Trump.

Trump dalam cadangan awalnya mahu memindahkan rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan bagi membangunkan semula Gaza sebagai pantai peranginan.

Bagaimanapun, pelan alternatif negara Arab disokong kuat Hamas namun ditolak Israel dan kerajaan AS yang menggesa negara Arab mengakui realiti yang sedang berlaku di Gaza.

Jurucakap Majlis Keselamatan AS, Brian Hughes berkata Trump mempunyai matlamat jelas untuk Gaza dengan tidak lagi berada di bawah cengkaman Hamas.

“Gaza kini tidak boleh diduduki dalam keadaan runtuhan bangunan dan saki-baki bahan letupan yang masih belum meledak.

“Trump kekal dengan pendiriannya dan kami terbuka membawa keamanan dan kemakmuran serantau,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty mengecam keengganan Israel untuk menerima pelan pembangunan semula Gaza.

Katanya, penolakan Israel membuktikan pemimpin negara haram itu degil dan kekal dengan idealisme ekstremis.

“Tiada keamanan buat Israel dan rantau ini sehinggalah terbentuknya sebuah negara Palestin berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tiada satu negara pun patut dibenar meneruskan penjajahannya terhadap masyarakat antarabangsa,” katanya.- Tv Pertiwi

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahmoud Abbas Sokong Pembinaan Semula Gaza, Bantah Sebarang Pemindahan Paksa

Next Post

Harga Barang Di Gaza Melonjak Naik, Sekilo Gula RM15!

Related Posts