Negara Arab, Islam Perlu Bertindak Hentikan Genosid Di Gaza

Gaza: Hamas pada Khamis menggesa negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan terbaru Israel ke atas Gaza, dengan menegaskan bahawa mereka mempunyai “tanggungjawab moral dan politik langsung” untuk “menamatkan pembunuhan beramai-ramai” yang sedang berlaku.

Israel menyambung semula serangan udara awal Selasa lalu dengan gelombang serangan maut, sekali gus memecahkan ketenangan relatif yang menyelubungi wilayah Palestin dilanda perang sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada 19 Januari lalu.

Pada Khamis, tentera Israel memaklumkan bahawa anggotanya kembali melancarkan operasi darat di bahagian selatan Rafah, selain meneruskan tindakan ketenteraan di beberapa kawasan lain.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan bahawa seramai 504 orang terbunuh sejak serangan udara Israel itu bermula, termasuk lebih 190 kanak-kanak bawah usia 18 tahun.

Angka korban itu antara yang tertinggi sejak perang bermula lebih 17 bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, Hamas menegaskan bahawa “pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ini… meletakkan tanggungjawab politik dan moral langsung ke atas Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan di depan mata dunia.”

“Kami menggesa negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera di forum antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta melaksanakan langkah segera bagi menghentikan pencerobohan ini,” tambah kenyataan itu.

Serangan terbaharu Israel selepas rundingan bagi melanjutkan gencatan senjata menemui jalan buntu, menerima kecaman meluas di peringkat antarabangsa.

Fasa pertama gencatan senjata yang menyaksikan pertukaran tebusan Israel yang ditahan Hamas dengan tahanan Palestin tamat pada awal bulan ini.

Israel menolak rundingan untuk fasa kedua, dengan menuntut semua tebusan yang masih ditahan dibebaskan di bawah pelanjutan fasa pertama, manakala Hamas pula bertegas untuk meneruskan perbincangan bagi fasa seterusnya.- Harian Metro

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Israel Gugat Peluang Rundingan Pembebasan Tebusan – PBB

Next Post

Israel Ugut Rampas Gaza Jika Hamas Enggan Bebaskan Tebusan

Related Posts