50 Rakyat Gaza Terbunuh Dalam Sekelip Mata Sejurus Israel Arah Pindah

GAZA: Lebih 50 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, selepas tentera Israel mengarahkan orang awam berpindah semalam.

Amaran pemindahan terbaharu bagi sebahagian Bandar Gaza dan kawasan berdekatan itu dikeluarkan hanya beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan akan memulakan pengagihan 90 buah trak bantuan.

Ia adalah penghantaran pertama sejak Israel mengenakan sekatan penuh pada 2 Mac, susulan tekanan antarabangsa untuk menamatkan sekatan dan menghentikan serangan yang semakin meluas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengulangi kesediaan untuk menerima ‘gencatan senjata sementara’, namun menegaskan bahawa tentera Israel berhasrat mengawal seluruh Gaza.

Beliau masih berpegang kepada tiga syarat iaitu pembebasan semua tebusan Israel, semua anggota Hamas meletakkan senjata dan Gaza diletakkan di bawah kawalan Israel selepas perang.

Terdahulu, Israel mengumumkan akan membenarkan bantuan terhad masuk, selepas Netanyahu berkata, ia bagi mengelakkan krisis kemanusiaan demi mengekalkan kebebasan tindakan ketenteraan.

Dalam kenyataan berbahasa Arab semalam, tentera Israel menyatakan bahawa mereka bertindak dengan kekuatan maksimum di 14 kawasan di utara Gaza, termasuk di Bandar Gaza dan kem pelarian Jabalia.

Peta yang disiarkan bersama amaran menunjukkan kawasan yang luas ditandakan merah, dengan tentera menuduh Hamas dan sekutunya masih beroperasi di kawasan itu dan menggesa orang awam berpindah ke selatan.

Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan sekurang-kurangnya sekali sejak perang bermula.

Di Gaza, pejabat media kerajaan Hamas melaporkan ketibaan 87 buah trak bantuan.

Program Makanan Sedunia (WFP) memberitahu beberapa kedai roti mula membuat dan mengedarkan roti.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric bagaimanapun berkata, beberapa buah trak yang membawa tepung dipintas oleh penduduk yang terdesak akibat kelaparan dan muatannya diambil secara paksa.

Dujarric menjelaskan bahawa ia bukan tindakan jenayah bersenjata, tetapi pengagihan kendiri yang mencerminkan tahap kebimbangan tertinggi dalam kalangan penduduk Gaza yang tidak tahu bila lagi bantuan kemanusiaan seterusnya akan tiba.

Rakyat Palestin sedang berusaha mendapatkan bekalan asas, dengan sekatan Israel menyebabkan kekurangan kritikal makanan dan ubat-ubatan.

Agensi-agensi PBB menyatakan jumlah bantuan yang masuk ke Gaza masih jauh daripada mencukupi untuk meredakan krisis.

Rakaman AFP menunjukkan guni tepung yang baharu dihantar di sebuah kedai roti di bandar Deir el-Balah, di mana pekerja dan mesin memulakan proses menguli, mengadun, membakar, dan membungkus roti pita dalam jumlah besar.

Pengarah eksekutif WFP, Cindy McCain berkata, sebahagian bantuan akhirnya sampai kepada penduduk Gaza yang sangat memerlukan, tetapi ia bergerak terlalu perlahan.

“Beberapa buah kedai roti di selatan dan tengah Gaza… mula menghasilkan roti selepas beberapa trak berjaya membawa muatan dari lintasan sempadan Kerem Shalom dan menghantarnya semalam,” kata WFP dalam kenyataan.

Serangan Israel yang semakin sengit itu mengundang kritikan, dengan Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) Selasa lalu, bersetuju untuk menyemak semula perjanjian kerjasama blok itu dengan Israel.

Sweden menyatakan ia akan mendesak EU yang merangkumi blok 27 negara itu supaya mengenakan sekatan terhadap menteri-menteri Israel. – AFP

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO Desak Israel Hentikan Kekejaman, Simpati Dengan Nasib Rakyat Gaza

Next Post

Saksi Sahkan Bantuan Pertama Akhirnya Tiba Di Gaza

Related Posts