92% Bayi dan Ibu di Gaza Tidak Dapat Keperluan Pemakanan Asas – OCHA

NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di wilayah Palestin yang diduduki melaporkan peningkatan 80 peratus dalam bilangan kanak-kanak yang menerima rawatan kekurangan zat makanan pada April berbanding Mac.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), krisis yang semakin meruncing ini disebabkan oleh sekatan berterusan Israel dan penutupan lintasan sempadan, yang menghalang penghantaran bekalan penting dengan ketara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, OCHA mendedahkan bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas yang minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius.

Laporan itu juga menyatakan bahawa 65 peratus penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih, meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah kritikal.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turkiye Dakwa Israel Guna Kelaparan Sebagai Senjata Di Gaza

Next Post

Lebih 2,000 Hektar Tanah Di Israel Musnah Akibat Kebakaran Hutan Besar

Related Posts