Lebih 900 Rakyat Iran Terbunuh Dalam Perang 12 Hari Dengan Israel

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 935 rakyat Iran terbunuh dalam peperangan selama 12 hari dengan Israel.

Jumlah itu disahkan oleh media rasmi Iran hari ini, selepas hampir seminggu gencatan senjata mula dikuatkuasakan.

Menurut jurucakap kehakiman, Asghar Jahangir, sepanjang 12 hari peperangan yang dilancarkan Israel ke negara itu, seramai 935 mayat telah dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, 132 mangsa korban merupakan Wanita, manakala 38 lagi adalah kanak-kanak.

Terdahulu, serangan Israel yang bermula pada 13 Jun lalu menyasarkan pangkalan tentera, tapak nuklear serta kawasan kediaman di seluruh Iran, serta mengorbankan pegawai tinggi ketenteraan dan saintis atom negara itu.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron ke atas bandar utama Israel termasuk Tel Aviv dan Haifa, yang mengakibatkan 28 kematian.

Gencatan senjata antara kedua-dua negara itu mula berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Zeitoun, 25 Terbunuh

Next Post

Serangan Di Gaza Diteruskan Sehingga Semua Tebusan Dibebaskan – Duta Israel

Related Posts