Penduduk Gaza Terus Derita, Kini Sistem Makanan Tempatan Telah Musnah Sepenuhnya

GAZA, 1 Jamadilakhir 1446H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan bahawa sistem makanan tempatan di Gaza telah musnah akibat serangan darat dan udara oleh Israel.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, rakan-rakan kemanusiaan memberi amaran bahawa sistem makanan tempatan telah musnah akibat operasi tentera di darat, pengeboman kawasan awam, dan bahan letupan yang belum meletup.”

Katanya, akses kepada makanan kekal sebagai isu yang paling kritikal yang dibangkitkan oleh seluruh masyarakat dunia.

Dujarric juga menekankan bahawa ketidaktentuan makanan di Gaza semakin meruncing setiap hari, menyebabkan penduduk Gaza menjadi lebih berisiko.

Jika sebelum ini kedai roti di Gaza menjadi talian hayat bagi penduduk, kini ia tidak lagi dapat beroperasi akibat kekurangan bahan bakar dan tepung. – Agensi

Ismaweb

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Palestin-Israel : Seramai 33 Tebusan Di Gaza Terbunuh

Next Post

Gaza Alami Pandemik OKU Yang Tidak Pernah Terjadi Sebelumnya – Ketua UNRWA

Related Posts