Hamas Seru Masyarakat Antarabangsa Untuk Hentikan Segera Pembunuhan & Pengepungan Di Utara Gaza

Hamas menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan dan pengepungan di Beit Lahia dan Jabalia di utara Gaza.

Gerakan penentangan Palestin itu dalam kenyataan pada Rabu dipetik Dunia Palestin menegaskan tindakan tentera rejim Israel meneruskan operasi ketenteraan di kawasan itu selama 55 hari berturut-turut adalah jenayah kejam terhadap penduduk Gaza, khususnya di utara wilayah itu.

“Bandar Beit Lahia kini menghadapi serangan berat tanpa henti, disertai arahan daripada pihak musuh untuk penduduk mengosongkan kawasan tersebut. Penduduk yang cuba keluar dibunuh, manakala kemudahan asas seperti hospital, kakitangan perubatan dan pertahanan awam disasarkan sehingga tidak dapat beroperasi,” kata kenyataan itu.

Hamas turut menyalahkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS), sekutu utama Israel, atas apa yang disifatkan sebagai “jenayah pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.

Ia mendesak masyarakat antarabangsa dan pertubuhan kemanusiaan untuk meningkatkan tekanan terhadap Israel bagi menghentikan sekatan yang menyebabkan penderitaan berterusan rakyat Palestin.

“Kami menyeru semua pihak untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat memasuki Gaza, khususnya di kawasan utara yang terjejas teruk akibat perang,” kata Hamas.

Situasi di Gaza terus mendapat perhatian masyarakat dunia dengan pelbagai pihak menggesa usaha diplomatik dilakukan bagi menghentikan keganasan dan memastikan keselamatan penduduk awam di wilayah konflik itu. – The Merdeka Times

#beritahariini #bumimikraj

_____

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siri 2 : Kisah Yahya Sinwar Dari Kaca Mata Rakan Karibnya

Next Post

Israel Langgar Perjanjian Gencatan Senjata Lubnan, Hantar Dron Buat Intipan Di Beirut

Related Posts