Soalan Wartawan FMT Samakan Isu Melayu Dengan Palestin Bersifat Ekstrem – MACSA

BANGI, 25 REJAB – Datuk Lukman Sheriff Alias menyifatkan wartawan sebuah portal berita yang mengajukan soalan bernada perkauman dalam satu wacana terbuka pada Isnin lalu mempunyai minda terkepung yang ekstrem dan rasis.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) berkata, wartawan yang mempunyai minda demikian sangat bahaya kerana jauh dari realiti.

“Ini minda terkepung yang ekstrem dan rasis sangat. Ia jauh dari realiti. Tidak mengiktiraf Islamophobia yang ekstrem.

“Reporter (wartawan) yang punyai minda terkepung yang ekstrem sangat bahaya bagi Malaysia. Mereka akan selalu atau boleh menyalahgambarkan sesuatu event (perkara) mengikut kacamata rasisme mereka untuk mengukuhkan “realiti” perkauman salah mereka.

“Ini akan lagi menghasut kepada kebencian melampau antara kaum. Walaupun FMT (Free Malaysia Today) sedang mengambil tindakan, reporter (wartawan) begini tidak patut di “employ” (ambil bekerja) oleh FMT atau mana-mana media berita,” katanya di media sosial.

Lukman Sheriff turut mempersoal bagaimana seorang wartawan boleh mempunyai pandangan bahawa kaum bukan Melayu menerima layanan seperti rakyat Palestin.

“Adakah kaum bukan Melayu di malaysia dibunuh beramai-ramai tak kira muda, tua atau wanita?

“Adakah rumah bukan Melayu dirampas dan dibom sesuka hati oleh kerajaan? Adakah mereka disekat mencari rezeki seperti rakyat Palestin?

“Mereka ditahan berjam-jam untuk pergi kerja dan ke hospital? Apakah mereka dilarang menggunakan mana-mana jalan raya disebabkan mereka bukan Melayu,” soalnya.

Lukman Sheriff turut mempersoalkan sama ada kaum bukan Melayu di negara ini dihalang keluar negara atas dasar kaum mereka.

“Jika mereka dilayan seperti rakyat Palestin, kenapa tiada seorang Melayu pun antara 10 atau 20 terkaya di Malaysia,” katanya.

Seorang wartawan portal berita FMT menimbulkan kontroversi apabila mengajukan soalan yang mempunyai unsur perkauman dalam Wacana bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ yang menampilkan ahli politik Britain, George Galloway.

Sementara itu pendakwah bebas, Firdaus Wong turut mempersoalkan tindakan wartawan FMT yang mengaitkan dasar apartheid Israel terhadap Palestin dengan layanan terhadap masyarakat Cina di Malaysia, sambil menyifatkan perbandingan itu sebagai tidak berasas dan tidak intelektual.

Beliau menyindir perbandingan yang dibuat dengan mengemukakan persoalan jumlah rakyat Gaza yang boleh menanam ‘durian’ di tanah Israel selama berpuluh tahun tanpa perlu membayar cukai dan tidak dikenakan tindakan malahan berani melawan pihak berkuasa Israel yang cuba mengambil tanah milik kerajaan Israel?

Sumber: Tv Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir, Turkiye Sepakat Perkukuh Usaha Gencatan Senjata Kekal Di Gaza

Next Post

Wartawan FMT Mohon Maaf Isu Soalan Tak Relevan Dalam Ceramah Awam Gaza

Related Posts